Aku juga berhak untuk bahagia.

 
 

Dia. Afiq Adha. Dia yang mempunyai hati aku waktu ini. Mungkin sampai bila bila. Kita hanya mampu merancang. Allah yang akan menentukannya. Kalau ada jodoh, pasti kami bersama.Ya. Setelah 5 bulan kesunyian, aku kenal dia. Dia mengisi kekosongan dalam hati. Dia mampu mencari pelbagai cara membuatku bahagia. 

Bila orang bertanya asalnya dia. Aku bilang Perak. Semua orang meragui. Mampukan aku bertahan dalam percintaan jarak jauh berbatu ini? Teguhkah sayangnya pada aku yang jauh ini? Aku tidak mampu menjawab semua itu. Aku tidak punya hak untuk menjamin segalanya. Tapi. Aku percayakan dia. Aku percaya dia tidak akan melakukan perkara buruk di Perak sana mencurangi aku.

Percaya. Ya. Itu senjata untuk bertahan dalam percintaan jarak jauh ini. Siapa kata bila jauh tidak boleh bercinta? Tunjukkan mukamu dihadapanku. Buktinya, aku bahagia dengan dia walaupun tak bersua muka. Aku selesa begini. Bukan kerana mudah untuk bersama lelaki lain. Aku selesa kerana kami tidak bergelumang dengan dosa dan maksiat. Biarlah kami jauh. Asalkan terpelihara.

Aku sayangkan dia apa adanya. Bukan kerana harta. Bukan juga kerana rupa. Tapi kerana hatinya yang jujur dan tulus cintakan aku. Jika kau tanya, Ya. Aku bahagia dengannya. Memang banyak dugaan memiliki kasih sayang orang yang mempunyai rupa sebegini. Ramai yang busuk hati. Ada saje perempuan yang cuba merapatkan diri dengan dia. Aku tak rela. Jangan ambil dia dari aku.

Biarkan aku bahagia dengan dia.

Cuma itu yang aku mahu. Banyak lagi lelaki lain yang bujang. Kau boleh pilih. Tapi jangan dengan dia. Aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang. Lagi dan lagi. Aku sayangkan dia. 

P/S: Awak, terima kasih kerana memilih saya dan menyayangi saya berbanding semua perempuan lain. Saya sayang awak. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak. Suatu hari nanti. Pasti kita akan bersua, menjadi yang sah antara kita. InshaAllah. Tiada yang mustahil. Saya harap kita akan bahagia seperti ini. Selamanya.

Love,

No comments: