Cara hidup kita berbeza.
Salam Jumaat semua.
Hari ni tarikh dalam kalender islam cantik kan? 1/2/34. Bersamaan 1 Safar 1434H. Lagi berkali cantik dan indah dari 12.12.12 hari tu. Hihi. Tarikh tak penting pun sebenarnya. Hari harinya sama jugak. Melainkan ada kenangan bermakna yang berlaku. Macam aku. Rasa bahagia masa 12.12.12 tu. Kenapa? Cuma aku dan Allah sahaja yang tahu. Belum sampai masanya untuk dikecohkan.
Berbalik pada tajuk. CARA HIDUP KITA BERBEZA. Siapa? Akulah. Dengan siapa? Semua orang lah :) Lain orang lain cara kan? Korang kan tahu, aku 19 tahun ni. Tahun depan 20 lah.Pada orang lain, umur 19 tu dah cukup dewasa kan? Tapi bukan bagi aku. Aku masih kecik.
Biasanya orang umur macam aku ni gaya hidup diorang dah agak bebas kan? Tapi tidak bagi aku. Aku bukan jenis perempuan yang senang lepak. Senang hang. Senang keluar segala bagai. Alang siang je susah, lagi malam kan? Kenapa? Dikongkong? Salah istilah tu. Keluarga bukan kongkong. Tapi sayang :)
Bila keluar, kebiasaannya ibu ayah aku bagi kalau aku dah lama tak keluar. Nak keluar selalu memang tak lah. Dah lah jarang keluar, kena balik cepat. Sebelum pukul 7. Dalam pukul 6.30 tu ayah ibu dah eksaited menge-call tanya kat mana and suruh balik.
Sampai kalau keluar, kawan mesti tanya, "Kau nak balik pukul berapa? Tak boleh lambat kan? Nanti ada yang bising". Kalau aku balik lambat diorang cakap, "Mak ayah kau takde call suruh balik ke?". Haha. Yang selalu dengan aku, diorang akan faham. Tapi kadang kadang ibu ayah bagi balik lambat kalau bersebab. Tapi taklah lambat sangat. Sebelum pukul 10 malam. Ibu ayah risau. Takut apa apa jadi dengan aku. Ye, aku faham semua tu. Dulu aku budak degil. Mungkin ayah takut aku jadi macam dulu.
Cuma haritu aku pelik. Ibu ayah bagi aku keluar even dah pukul 9.30 malam. Pelik kan? Dengan siapa? Dengan "someone". My ex actually. Siapa dia tak perlu tahu lah. Kami berkawan. Kenapa ibu ayah bagi? Sebab dia satu satunya exbf aku yang ayah percaya boleh jaga aku and takkan buat jahat. Sebab masa couple, dialah satu satunya orang yang berani berhadapan dengan ayah yang garang serupa rimau. Banyak banyak BF aku, dia sorang je yang pernah jumpa parents aku. Dia hormat parents aku. Aku respect dia. Tu yang ibu ayah sayang dia :)
Lain orang lain cara. Bukan aku nak cakap semua perempuan yang keluar malam tu liar. tak pun. Dah besar, pandai pandai jaga diri. Tersilap langkah, merana diri. Tapi cara parents aku, selagi aku belum kahwin, ibu ayah yang akan jaga hidup aku. Sebab tu aku kena dengar cakap diorang. Tu je lah yang aku nak kongsi. Korang kena ingat satu benda bila parents tak bagi buat itu ini. Diorang:
BUKAN KONGKONG TAPI SAYANG.
P/S: Aku minat TESL. Tapi diploma ambik ACCOUNT. Kenapa? Sebab parents. Nak belajar kena ada restu kan?
Aku tahu bukan aku sorang. Ada lagi orang yang senasib dengan aku.
Thanks for reading.
Much love,
No comments:
Post a Comment