Hanis Zalikha sombong & tamak.

 
 
Annyeonghasaeyo!

Macamana hari minggu korang? Seronok? Hewhew. Bajet care je gua ni. Nampak tajuk tu? Saspen je kan? Haha. HANIS ZALIKHA sombong dan tamak? Kenapa? Sebab apa?
 
 
Semua tu ada dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ni. Dalam muka depan slot Pancaindera. The moment nampak nama tu, teringat. Macam kenal Hanis Zalikha ni. Siapa dia? Ohh. Si blogger terkenal tu (HANIS ZALIKHA's blog) K dah ingat. Sekarang dia bukan bukan blogger semata. Dia juga dah berkecimpung dalam arena pengacaraan, permodelan dan lakonan.
 
Dulu masa aku aktif berblogging dulu. I'm one of Hanis Blog's reader. Best apaa baca blog dia. Haha XD
 
 
Kenapa orang cakap dia sombong dan tamak? Sebab semua orang nak offer dia? Sebab semua job dia nak conquer? Nak tahu? Bacalah sendiri. Pi beli surat khabar nun. K gurau. Hahahahahaha XD
 
 
Hanis Zalikha yang dikenali sebagai Hanis mula menceburi bidang lakonan sejak minatnya dibuka oleh adik Ahmad Idham iaitu Khalid Nazri. Antara drama yang Hanis lakonkan: Memberku hawa. Filem: Gangster Celup. Telemovie: Mariam Kampung.
 
Apa yang Hanis kata, "Saya bukan tamak. Cuma saya buat apa sahaja yang termampu dilakukan sementara masih boleh. Lagipun inikan rezeki."
 
Betul jugak apa dia cakap. Mungkin sebab nama dia tengah melonjak naik, semua orang nak bekerjasama dengan dia. Tuah dia. Rezeki dia. Kita bukan tahu kan?
 
SOMBONG & PEMALU?
 
"Saya dah selalu kena. Orang ingat saya sombong sebab muka saya macam ni. Saya jarang senyum dan mungkin itulah yang membuatkan orang fikir yang saya ni sombong."  - Hanis Zalikha.
 
"Saya ni pemalu sebenarnya. Saya tak rasa saya punya peminat sebab tu saya macam ni. Tapi bila ada yang datang nak bergambar, saya malu sangat." - Hanis Zalikha.
 
Tak boleh nak sangka buruk sangat. Apa yang semua orang buat ada sebabnya :)
 
SEDADAR BERKONGSI CERITA.
 
Thanks for reading :)
 
Much love,

No comments: