Ohh Bibik.

 
 
Annyeonghasaeyo!
 
 Gambar sekadar hiasan. Gambar zaman mespes rasanya :3
 
Can you see the different? Yes. My blog's in a new skin! Haha. Just for fun. Got bored of the old one already. Just a simple blog for a simple me. Keep reading and i love you :)
 
Oh my English. Haha. K nampak tajuk tu? Ohh Bibik. Siapa bibik? Apa kena mengena bibik dengan aku? Rumah aku ada bibik? K kejap lagi korang tahu. Hewhew *ketawa sopan sambil tutup mulut.
 
Bosan lah cuti semester kali ni U.U Ni lah manusia. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Kat kolej nak balik rumah. Kat rumah, nak balik kolej. Haha. Tamak halobaw. Tapi cuti semester kali ni memang boring. Sebab apa? Tepu kat rumah. Tak keluar. Malas nak perabih duit yang memang sikit. Kawan? Cuti berselisih. Aku cuti, dia kat kolej. Aku kat kolej, dia cuti. Macam tahi kan? Sabar je la. 
 
Rutin harian aku pada hari cuti? Bangun, tidur. Kemas rumah, sapu rumah. Sidai kain angkat kain, lipat kain, basuh kain. Gosok baju ibu. makan, tengok korea, online, tolong ibu masak, tengok tv. Macam tu je lah berulang hari hari. Lifeless kan gua? Haha. Dah nak keluar takde geng. Acano? Duduk rumah je lah. Dah tahu siapa bibik? Akulahhh. Haha XD Jadi bibik sukarelawati. Tapi takpelah. Tolong ibu kan? Bukan selalu aku berjasa kat rumah ni :)
 
Bukan apa. Aku rindu kolej. Rindu hidup aku kat sana. Rindu semua orang. Rindu roommates, rindu classmates, rindu lecturer, rindu dewan kuliah, rindu bilik kuliah, rindu makcik cleaner, rindu abang technician, rindu makcik kafe, abang Zam semua, paling rindu kafe abang Ayie. Eh? Haha k gurau. Orang single memang macamni. Ah. Ada aku kisah? Janji aku tak kacau BF orang. Haha XD
 
Dah empat bulan aku single. K sadlife. Alone. Haha. Belum jumpa pengganti. Hati serik disakiti. Tak mahu terluka lagi dan lagi. K gedik. Nantilah. Belum tiba masanya. Suatu hari nanti, insyaAllah. Bila dah jumpa yang layak dan sesuai :) *k dah lari topik -.-

Rutin harian aku akan diteruskan macam biasa sepanjang cuti sementara menunggu result Final Exam semester 3 yang lepas. Kejap je lagi. 03.01.2013. Akan bermula semula hidup aku di Mara Professional College, Bandar Penawar seperti selalu.
 
P/s: Kenapa PARK HA RIN? It's my Korean name. Take a note that I'm not like Ayuni. Sampai nak buang kewarganegaraan Malaysia demi Korea. I love Korea just for fun. Arasso? Good. Kbye.
 
Thanks for reading.
   
Much love,                     

No comments: